Migrasi adalah perpindahan penduduk dengan tujuan untuk
menetap dari suatu tempat ke tempat lain melewati batas administratif (migrasi
internal) atau batas politik/negara (migrasi internasional). Dengan kata lain,
migrasi diartikan sebagai perpindahan yang relatif permanen dari suatu daerah
(negara) ke daerah (negara) lain.
Arus migrasi ini berlangsung
sebagai tanggapan terhadap adanya perbedaan pendapatan antara kota dan desa.
Namun, pendapatan yang dimaksud bukanlah pendapatan aktual, melainkan penghasilah
yang diharapkan(expected income). Kerangka Skematik ini merupakan aplikasi dari
model dekskripsi Todaro mengenai migrasi.
Premis dasar yang dianut dalam
model ini adalah bahwa para migran mempertimbangkan dan membandingkan pasar-pasar
tenaga kerja yang tersedia bagi mereka disektor pedesaan dan perkotaan, serta
memilih salah satunya yang dapat memaksimumkan keuntungan yang diharapkan.
Besar kecilnya keuntungan yang mereka harapkan diukur berdasarkan besar
kecilnya selisih antara pendapatan riil dari pekerjaan dikota dan didesa, angka
tersebut merupakan implementasinya terhadap peluang migran untuk mendapatkan
pekerjaan dikota.
Jenis Migrasi
Faktor-faktor
yang mempengaruhi migrasi
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan
penduduk cenderung untuk berpindah. Dorongan penduduk untuk berpindah ini
bergantung kepada faktor tolakan kawasan asal dan faktor tarikan kawasan destinasi.
Antaranya termasuk:
Faktor Ekonomi
Faktor Ekonomi
1.
Perpindahan berlaku disebabkan
keadaan mundur di kawasan asal. Pertambahan penduduk yang pesat di luar bandar
menyebabkan kekurangan kawasan pertanian Kawasan pertanian yang sempit dengan
daya pengeluaran yang rendah boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah ekonomi.
2.
Masalah ekonomi seperti kekurangan
pekerjaan, pengangguran, produktiviti dan pendapatan rendah, dibelenggu dengan
lingkaran kemiskinan dan lain-lain bertindak menolak keluar penduduk luar
bandar ke bandar yang mempunyai tarikan ekonomi secara khusus seperti peluang
pekerjaan yang luas dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Faktor
Sosial
1.
Penduduk berpindah terutamanya kerana ingin
menikmati kemudahan yang terdapat di bandar. Kekurangan kemudahan asas atau
sosial di luar bandar dan kewujudan kemudahan sosial dan kemudahan bandar yang
banyak seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, hiburan dan lain-lain mampu
menarik terutama golongan muda ke bandar.
2.
Ramai juga yang berpindah ke bandar
kerana ingin melanjutkan pelajaran, manakala sebahagian lagi berpindah atas
sebab perkahwinan, mengikut keluarga dan sebagainya.
3.
Adanya jaringan dan sistem
pengangkutan yang baik yang meningkatkan ketersampaian, mudah dan cepat sampai
dan seterusnya memangkinkan lagi pergerakan.
Dasar Kerajaan.
1.
Dasar dan galakkan kerajaan sama ada secara
langsung atau tidak seperti Dasar Pembangunan Wilayah dan rancangan penempatan
peneroka, rancangan transmigrasi, dasar perindustrian dan lain-lain yang mampu
menjadi daya penarik.
2.
Misalnya dasar kerajaan yang banyak
menumpukan pembangunan di kawasan bandar dengan menubuhkan pusat perindustrian
seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Senawang, Tampoi, Perai dan
lain-lain dan menaiktaraf bandar-bandar menjadi pusat pentadbiran,
pengangkutan, perdagangan, perniagaan, kebudayaan dan pendidikan mendorong migrasi
penduduk luar bandar ke bandar.
Sumber : 1. http://rakangeografi.blogspot.com/2008/12/nota-25-faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html
2. http://id.wikipedia.org/wiki/Migrasi_manusia
oke makasih atas saran dan pemberitahuannya
ReplyDelete